Wednesday, October 8, 2008

DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA



SAIZ: 12X18
BERAT: 400G

Jom Segar-segarkan diri anda...

KHASIAT:


Daun yang telah melaui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan disimpan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Berfungsi seperti daun-daun herba yang segar yang dipetik oleh orang-orang kampung di sekeliling rumah.

Digunakan sebagai bahan campuran untuk mandian bagi
*memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan,
*memulihkan tenaga kerana stress, membuang angin dalam badan,
*menyegarkan urat saraf, menghilangkan bau badan,
*hilangkan sengal dan kebas otot bila2 masa atau sewaktu dalam pantang

* Keistimewaan :Dibungkus dalam pek besar 400g dengan tujuan memberikan pilihan bagi pengguna untuk menggunakannya mengikut kuantiti yang dikehendaki, beberapa kali penggunaan (boleh diulang rebusan sehingga hilang bau, warna)

Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi. Boleh menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna).


DI ANTARA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:

Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci.


CARA:

Ambil 1/4 bahagian daripada bungkusan. Cuci dan didihkan dalam periuk yang mengandungi air pada kadar 3/4 periuk. Tapis air tersebut dan campur dengan air biasa sehingga mencapai tahap kepanasan yang sesuai mengikut citarasa pengguna. Mandi bermula dari bahagian kaki hinggalah ke seluruh anggota badan.


Penggunaan Dedaun Herba ini boleh digunakan dengan 2 cara:

1. Rebusan (Seperti diterangkan di atas).
Bagi Butik Kecantikan, boleh menggunakan air rebusan ini sebagai air mandian dalam bathtub dicampur dengan beberapa jenis bunga semasa berendam.

2. Pengewapan (Sauna)

Daun dimasukkan ke dalam periuk sauna (secekak) dan bolehlah bersauna mengikut keperluan yang dikehendaki.

**Pengumuman kenaikan harga daun herba mandian sauna bermula Mei 2009 daripada RM20 ke RM25 di atas sebab2 seperti di bawah:
~ Kenaikan harga bahan mentah (sumber daripada pelbagai jenis tumbuhan)
~ Kenaikan kos perladangan
~ Kenaikan kos upah

***TESTIMONI

HARGA
RM25 W.M/30 E.M + POS RM6 (W.M)/RM9(E.M)
USD14 termasuk pos (International)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***KABIN MANDI WAP HERBA ~bersauna dengan penuh selesa...


Align Center






borders

Lakukan mandian wap herba selama 20 hingga 30 minit setiap kali. Minum air secukupnya sebelum dan selepas mandi wap. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Tidak perlu mandi selepas mandi wap. Tiga kali seminggu untuk keputusan yang total. Anda akan berasa segar dan 'ringan' sepanjang hari selepas mandi wap.


Untuk tujuan mengurangkan berat badan lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.


Kelebihan:

  • Ianya diperbuat daripada kayu balau yang tahan air dan haba. Kayu balau adalah specis yang kuat sama seperti kayu cengal yang digunakan untuk membuat badan kapal dan lori.
  • Kabin Mandiwap Herba untuk digunakan dengan herba berbanding sauna batu panas maupun sauna FIR. Ini adalah kerana kita menghendakkan kebaikan herba itu untuk digunakan oleh badan.
  • Tidak diperbuat daripada bahan plastik samada canvas plastik atau kain plastik kerana bahan plastik akan membebaskan bahan kimia sianida (yang sangat bahaya kepada badan) apabila dipanaskan.
  • Tidak di cat kerana cat juga akan membebaskan unsur-unsur kimia apabila dipanaskan. lagipun kegunaan cat adalah untuk melindungi kayu tersebut daripada rosak, manakala kabin mandiwap herba diperbuat daripada specis kayu yang kuat dan tidak perlu dilindungi oleh cat.
  • Hanya mempunyai satu pintu yang boleh dilipat, senang dikendalikan walaupun oleh orang yang mandi wap itu sendiri.
  • Mempunyai roda dibelakang untuk disorong/dialihkan kemana saja. Anda boleh mandi wap dimana saja samada didapur, bilik air, bilik stor maupun diruang tamu.
  • Ianya mempunyai takung dibahagian bawah yang boleh menakung lebihan air dan peluh. Anda cuma keluarkan takung dan basuh apabila selesai menggunakannya.
  • Semua hos dan takung air diperbuat daripada besi 'stainless steel' yang kuat dan tahan karat.
  • Harganya yang sangat berdaya saing. Anda boleh bandingkan harganya dengan produk lain yang berada dipasaran.
  • Melainkan anda bandingkan dengan produk sauna FIR, kabin kami mungkin sedikit lebih. Ini kerana sauna FIR diperbuat daripada kayu cedar yang mana ketahanannya daripada air tidak sekuat kayu balau. memangpun kerana ianya tidak perlu dibasuh kerana wayar-wayar FIR akan terkena air jika dibasuh manakala Kabin Mandi Wap Herba ini boleh dibasuh, disental dan dipancut dengan pancutan air yang kuat tanpa risau akan ketahanannya.
  • Jaminan Kilangnya 5 tahun adalah menggambarkan ketahanan produk ini dan keyakinan pihak kami.
  • Produk Kabin Wap Herba adalah berkonsepkan pasang siap oleh pembeli (seperti produk IKEA) dan dibekalkan denga perkakasan untuk memasangnya. Ini mudahkan pengguna untuk merancang samada menggunakannya, menyimpan atau pindah rumah.

Diharapkan anda dapat membuat pemilihan yang bijak untuk kegunaan berpanjangan...

HARGA: RM1750 (TEMPOH BOOKING~1 BULAN)/ DEPOSIT RM300
POS: RM90 SEM MSIA (KTM POS)~1-3 HARI SAMPAI/SABAH RM780 (2 MINGGU)
UTK TEMPAHAN : HUBUNGI PN SALIAH 019 2359314

6 comments:

erin said...

salam, kak camne nak order dedaun herba mandian sauna tuh..?

Munaliza said...

salam erin..

bank in rm25+ 6 poslaju. bg detail pymnt dan pos. insy akan diposkan secepat mgkn. tq

Casadena Ent. said...

salam, still ada stok utk herba mandian nie x?bole sms saya detail 0123332036

biology teacher said...

salam...ada lg ke herba mandian ni? cane nk order ye? tq

ecah said...

salam.... stok untuk dedaun herba mandian sauna 2 ad ag kew.... sms sye... 0176750273...

Mr Zubir and Mrs Zubir said...

salam.. stok utk dedaun sauna tu ade lg ker? sy nak